Kewujudan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) adalah seiring dengan wujudnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Ketika itu, fungsi utama PAID hanyalah tertumpu kepada menguruskan hal ehwal nikah serta membicarakan pesalah-pesalah jenayah Syariah.
Kini, Pejabat Agama Islam Daerah merupakan agensi yang menguruskan segala hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Islam di daerah. Ia merangkumi fungsi sebagai pejabat Pendaftar Nikah,Cerai dan Rujuk, pembangunan tanah wakaf dan tanah kubur, pentadbiran masjid, sekolah agama dibawah JHEAINS, kelas KAFA dan SARA, kelas Ta’mir, program SIMPI, pemungutan dan agihan zakat dan lain-lain aktiviti keagamaan. Disamping itu juga pejabat ini menyediakan khidmat rundingcara kepada pasangan suami isteri yang memerlukan khidmat tersebut, hal ehwal perundangan Syariah dan segala permasalahan yang datang dari orang ramai dalam masyarakat setempat.
Talian PAID Jelebu : 06-6136276 / 6167 / 6168 / 6171 / 6181
Fax : 06-6136601